An Experiment…


Teman…

Usahlah dirimu digamit kehairanan dengan pendekatan ku kali ini. Bukan niatku untuk mempersendakan dirimu, malah kehadiran ku kali ini telah lama ku rancangkan tetapi tidak tahu bagaimana harus ku membuka langkah. Aku sangsi, sekiranya langkah-langkah kecil yang aku orakkan ini kelihatan sumbang. Aku risau, sekiranya penggunaan kosa-kata ku amat terbatas dan aku gentar sekiranya rangkaian ayat-ayat yang aku titipkan ini terlalu banyak kekhilafan…

Aku bukanlah seorang pujangga bahasa, bukan pendekar bangsa, bukan perwira negara, bukan pahlawan agama. Aku ibarat bintik-bintik habuk yang berterbangan di udara, sama seperti mu jua teman. Eksperimentasi ini bukanlah sesuatu yang hakiki, ia hanyalah percubaan sementara, mengisi ruang kekosongan sewaktu diriku ketandusan ide untuk mewacanakan segala yang terbuku di fikiran, untuk mentintakan peristiwa & detik yang memberi sesuatu impak dan kenangan dalam perjalanan kehidupan ini.

Sekalung budi ku hadiahkan buat saudari Lin, kerana memberi ku inspirasi untuk berbicara di dalam bahasa ibunda. Sejuta kemaafan ku hulurkan seandainya penguasaan bahasa ku terbatas. Ku harap, tiada sesiapa yang tersinggung, apalagi terkejut dengan perubahan mendadak ini. Seperti yang telah ku katakan, ini hanyalah satu eksperimentasi. Bukan perubahan hakiki…

Selamat berhujung minggu duhai teman…

Author: Pujangga Malam™

Well-known on RIA 89.7FM as a controversial and sensational critic able to invoke thought-provoking and sometimes, fiery responses from fellow listeners. Have since evolved into a distinguished blogger of reputable claim with takes on the Malay entertainment industry and football-related matters. Brutally honest and believes in only reporting the truth as I see, hear or experience it. Self-styled critic who does not mince his words and is definitely a non-conformist.

9 thoughts on “An Experiment…”

  1. Wah, lin ialah inspirasimu!
    Ku terpesona dgn melayu mu.
    Dan ku juga tidak begitu faham dgn tulisan mu kali ini.
    Ku terpaksa selidik itu Kamus.
    Maaf ye kalau bahasa melayu ku hancur berteraboh.
    Melayuku Melayumu.
    Ku sungguh tak paham apa ku telah tulis.

  2. saya rasa bahasa ibunda anda mengkagumkan…dan inshaAllah masih mengharap bahasa bahasa yang indah di tulisan akan dtg.

    Nice try bro!!! keep it up will ya…

  3. salam bro, i bloghopped from lin. i’ve been reading your blog and seen your comments in the blogosphere. i have to say that i’m thoroughly impressed with your malay. my malay is so hancur that i can’t even begin writing this comment using the language. cakap tu boleh ah, baca lagi boleh, tapi bab kena tulis karangan tu ada lembab sikit. in any case, well done!

    ~jewel~

  4. wah lau!! melayu kamus sia….abes hancur my malays…sungguhmemalukan.com wa salute sama lu lah bro!

    thank God! I’ve got my kamus bahasa in the office….next time tulis bahasa pasar la….tak stress saya membacanya …ekekekek

  5. wahai si pujangga malam, terima kasih atas sekalung budi itu tapi ku rasa jika dihadiahkan seguni wang kertas hati ku lagi gumbira!!!

    🙂

  6. Lin, kamu mahu hell notes? Ni pun 7th mth… lol! Kita tak boleh minta duit kat PM sebab dia nak kawin kan, so byk pakai duit. Tapi kita boleh mintak satu ajer… kalau PM jemput gi persandingan dia, kita semua tak payah salam duit… kita datang makan je.hahhaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s