Temporary Filler…


Ok guys, I know I owe you a report. But knowing me, I’ll take days, weeks even, to type out a lengthy one. So I’m re-publishing this Harian Metro Online article as a temporary filler, just to fill you in on the wedding I attended in Kuala Lumpur and a bit about the newly-weds. And what’s more, my face also appeared in the group photo (standing third from left). I think in the weeks to come, the same photo might appear in the likes of URTV, Media Hiburan, Mangga etc, judging by the number of reporters who covered the event. Something to keep as memories in years to come…

Pelayaran kedua Nadia, Hazil

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Cek pengikat jodoh

KEGAGALAN perkahwinan lalu menjadi pedoman kepada pasangan Nadia Mustafar, 32, dan Hazil Isham Ismail, 33, dalam melayari kehidupan baru untuk memastikan perkahwinan kali kedua mereka kekal ke akhir hayat.

Photobucket - Video and Image Hosting
KELUARGA BESAR…sebahagian keluarga pengantin
perempuan yang datang jauh dari Singapura.

Nadia atau nama sebenarnya, Siti Naziyah Sheikh Mustafar, berkata dia menaruh harapan tinggi dengan perkahwinan kali ini kerana banyak belajar daripada kegagalan lalu.

“Hampir 10 tahun saya hidup sendiri selepas perkahwinan pertama gagal. Bukan tidak terbuka hati untuk menerima lelaki lain tetapi pengalaman pahit yang dilalui membimbangkan saya. Takut ia berlaku buat kali kedua.

“Namun, segalanya berubah apabila saya bertemu Hazil. Dia sangat berbeza berbanding lelaki yang pernah saya kenali. Bayangkan, sepanjang dua tahun kami berkawan, susah kami bergaduh. Apabila saya timbulkan sebarang isu, biasanya Hazil hanya mendiamkan diri.

Photobucket - Video and Image Hosting
SEPADAN…mempelai berarak ke pentas pelamin.

“Sikapnya cukup tenang dan lebih penting dia amat memahami diri saya. Apabila sudah lama berkawan, saya memikirkan Hazil adalah lelaki yang saya cari selama ini.

“Dalam perkahwinan, sekiranya pasangan tidak saling memahami ia akan mendatangkan banyak masalah. Lebih meyakinkan saya menerima lamaran Hazil kerana sikap jujurnya,” katanya.

Terang Nadia lagi, dia harus yakin dengan perkahwinan ini memandangkan sebelum ini dia pernah bersumpah biarlah masjid dibina buat kali kedua kekal hingga ke akhir hayat.

“Lagipun saya dan Hazil pernah mengalami kegagalan rumah tangga. Kami tahu kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. Jadi, sebelum keputusan berkahwin dibuat kami berbincang panjang untuk menerima segala kelemahan yang ada dan saling lengkap-melengkapi,” katanya.

Mengenai rancangan berbulan madu dan cahaya mata Nadia berkata, setakat ini dia dan Hazil belum ada sebarang perancangan.

“Macam mana hendak berbulan madu. Sebaik saja majlis ini selesai, saya kembali ke lokasi drama pada 4 April ini. Sehari sebelum pernikahan, saya berada di Perak menjalani penggambaran drama bersiri Misi.

“Bagaimanapun sekiranya ada kesempatan, kami mahu berbulan madu di New Zealand. Lokasi itu menjadi pilihan kerana ia masih kaya dengan alam semula jadi dan cukup cantik.

Photobucket - Video and Image Hosting
BERSUNGGUH..Aqasha mendendangkan lagu bersama kekasihnya, Tasha.

“Mengenai anak, saya memang mahu menimang cahaya mata dalam waktu terdekat. Maklumlah, usia pun sudah mencecah 32, jadi saya tidak punya masa panjang. Kalau boleh, dapat tiga anak pun saya cukup gembira.

“Tapi tidak tahulah kalau diberikan rezeki lebih, dikurniakan anak kembar kerana ibu Hazil sendiri ada kembar. Harap-harap tuah keturunan itu akan tempias kepada kami,” katanya.

Majlis perkahwinan Nadia dan Hazil di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Shah Alam, Ahad lalu, berlangsung dalam suasana romantis dan meriah, dihadiri ramai artis popular dan juga pengarah dan penerbit.

Pelbagai gimik ditampilkan seperti persembahan tradisi pencak silat selain upacara tepung tawar dan nyanyian dari penyanyi terkenal.

Pasangan ini selamat dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan memerangkap Imam Masjid Saidina Othman, Taman Tasik Permaisuri, Abdullah Saleh, di rumah pengantin perempuan di Taman Tasik Permaisuri pada 30 Mac.

Nadia menerima mas kahwin RM80 berserta wang hantaran RM27,112.05 sempena tarikh perkenalan mereka bersama lima dulang hantaran berupa pakaian serta manisan dan dibalas tujuh.

Sementara itu, Hazil, Penerbit Penyelaras Tayangan Unggul Sdn Bhd, tanpa berselindung mengatakan keputusannya mengambil pelakon drama bersiri Natasha itu menjadi suri hidupnya adalah tepat.

“Sebenarnya saya dan Nadia sudah lama kenal tetapi hubungan itu tidak lebih daripada penerbit dan pelakon. Waktu itu Nadia membintangi filem terbitan Tayangan Unggul, Baik Punya Cilok.

“Hampir beberapa bulan tidak bertemu, Nadia sekali lagi kembali berlakon produksi TU, Zombie Kampung Pisang. Waktu itu tiada apa-apa berlaku antara kami sehinggalah pertemuan mengejut di majlis hari jadi seorang teman di Planet Hollywood.

“Saya bertanya kepadanya mengenai bayaran sewaktu membintangi filem Zombie Kampung Pisang apakah sudah diterima atau belum dan dia menjelaskan belum menerimanya lagi. Biasanya pelakon akan datang ke pejabat saya untuk mengambil cek bayaran, tetapi kali ini berbeza. Saya sendiri mahu bertemu dan menyerahkan cek itu kepada Nadia.

“Mungkin Tuhan sudah menggerakkan hati saya dan sekali gus membisikkan dalam hati bahawa Nadia adalah jodoh saya. Pertemuan saya atur berserta makan malam di Planet Hollywood.

“Sebelum menyerahkan cek bayaran itu sempat saya bertanya tidakkah kekasih hatinya marah apabila keluar di waktu malam begini. Apabila dia berkata dia belum mempunyai kekasih, terus saya membuka langkah pertama,” katanya.

Mengenai kegagalan perkahwinan terdahulu, jelas Hazil, dia percaya kali ini cara dan suasananya berbeza dan mengharapkan masjid yang dibina bersama Nadia berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Walaupun perwatakan Nadia nampak ‘gila-gila’ sebenarnya keperibadiannya sangat lengkap sebagai seorang isteri dan ibu. Apatah lagi dia boleh menyesuaikan diri dengan ahli keluarga saya.

“Dia boleh menjadi ibu yang baik kepada anak saya. Sepanjang mengenalinya dan bertunang selama tujuh bulan saya banyak menilai sikapnya. Dia cukup bagus dengan budak-budak terutama dengan anak buah saya. Selain itu, Nadia cekap didapur dan sebagai seorang suami apa lagi yang saya mahukan,” katanya.

Source: Harian Metro Online


Categories: Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: